MitosNoob 023
April 16, 2022

Boleh ke ikut solat imam bermazhab hanafi tak baca qunut? 👳‍♂️

Jika kita tahu imam itu Mazhab Hanafi (atau lain), maka kita mesti ikut imam walaupun dia tak qunut. Kalau kita jadi imam dibelakang orang mazhab Hanafi, kita baca qunut dan dia kena ikut. Kaedahnya, makmum itu mengikuti imam walaupun berbeza mazhab. [Raudhah al-Talibin 1/348] Solat dibelakang orang lain mazhab ni tak pernah jadi masalah. Cuma kita biasa dengan tak biasa je. Kata Imam Ibn Hajar al-Haitami: “Antara syarat solat berjemaah ialah makmum tidak boleh meyakini batalnya solat imamnya kerana berbeza mazhab....

MitosNoob 012
November 27, 2021

Gosok gigi sebelum solat mudahkan nyawa keluar masa meninggal? 🦷

Mitos. Nabi kata: لولا أن أشق على أمتي لأمرتهم بالسواك مع كل صلاة “Jika tidak memberatkan umatku tentu aku perintahkan agar gosok gigi setiap kali solat.” [Riwayat al-Bukhari] Sunat gosok gigi, Nabi suka menghadap Allah dalam keadaan bersih. Tiada kena mengena mudahkan mati. Dalam syarahan hadis pun ulama hadis sebut sunat gosok gigi, anjuran yang sangat dituntut. Sampai kat orang kita, exaggerated/tokok tambah benda tak berasas semata-mata nak galakkan orang buat....