MitosNoob 016
December 3, 2021

Tak boleh makan masakan wanita yang sedang haid? 🩸

Mitos. Masakan wanita haid boleh dimakan. Yang pulau wanita ketika haid sampai taknak makan masakan mereka ialah Yahudi di zaman Nabi. Bila Islam datang, Nabi kata: ‌اصنعوا ‌كل ‌شيء ‌إلا ‌النكاح “Buatlah apa sahaja dengan isterimu yang haid kecuali bersetubuh.” [Riwayat Muslim] Yang tak boleh dilakukan wanita ketika haid ada 8: Solat Tawaf Pegang Al-Quran Baca Al-Quran Masuk masjid Puasa Melintasi masjid jika bimbang kotorkan masjid Bersetubuh [Taqrirat Al-Sadidah 1/172-175]...

MitosNoob 003
November 19, 2021

Sebelum Nabi datang Umar pernah membunuh anak perempuan? 👧

Kisah Umar al-Khattab membunuh anak perempuannya itu kisah palsu. Tiada asalnya dari kitab ahli sunnah. Imam Ibn Kathir senaraikan anak perempuan Umar; Hafsah, Ruqayyah, Fatimah & Zainab. Tiada anak perempuannya dibunuh walaupun dizaman jahiliah. [al-Bidayah wa al-Nihayah 7/139] Kisah Umar membunuh anak perempuan ini biasa ditemukan dan digunakan dalam buku-buku Syiah. Berhati-hatilah membaca buku sejarah yang tidak ditahqiq (disemak dan dikaji fakta isinya). Membaca sejarah dan menilai kesahihan sejarah adalah dua perkara yang sangat berbeza....