MitosNoob 021
December 21, 2021

Haram makan masakan non-muslim dan yang guna peralatan bekas masak babi? ๐Ÿ‘จโ€๐Ÿณ

Masakan orang bukan Islam, halal dimakan walaupun bukan dalam keadaan darurat. Yang tak boleh makan hanya daging yang mereka sembelih atau masakan yang mengandungi benda haram. Selain itu semuanya halal walaupun dimasak non Muslim. [al-Jamiโ€™ li Ahkam al-Quran 6/77] Status Muslim atau tak, tak menjadi kayu ukur sesuatu makanan yang dimasak itu halal atau haram. Yang menjadi ukurannya ialah zat dan bahan ketika masak. Kalau orang Islam masak daging babi, ia tetap haram....

MitosNoob 020
December 16, 2021

Boleh ke kawan ajak pergi makan kenduri tapi pengantin tak jemput? ๐Ÿ›

Datang kenduri kemudian makan tanpa dijemput hukumnya haram. Kalau tuan rumah izinkan, boleh. Kata Nabi: ูˆู…ู† ุฏุฎู„ ุนู„ู‰ ุบูŠุฑ ุฏุนูˆุฉ ุฏุฎู„ ุณุงุฑู‚ุง ูˆุฎุฑุฌ ู…ุบูŠุฑุง Siapa datang makan kenduri tanpa dijemput maka dia masuk sebagai pencuri dan keluar sebagai perompak. [Riwayat Abu Daud] Datang kenduri tanpa dijemput disebut sebagai al-Tatafful. Wajib maklumkan kepada tuan punya majlis dan minta izin walaupun yang tak diundang itu seorang. Perbuatan datang tanpa diundang boleh menyakiti tuan majlis eg makanan tak cukup dari anggaran....

MitosNoob 016
December 3, 2021

Tak boleh makan masakan wanita yang sedang haid? ๐Ÿฉธ

Mitos. Masakan wanita haid boleh dimakan. Yang pulau wanita ketika haid sampai taknak makan masakan mereka ialah Yahudi di zaman Nabi. Bila Islam datang, Nabi kata: โ€Œุงุตู†ุนูˆุง โ€Œูƒู„ โ€ŒุดูŠุก โ€Œุฅู„ุง โ€Œุงู„ู†ูƒุงุญ โ€œBuatlah apa sahaja dengan isterimu yang haid kecuali bersetubuh.โ€ [Riwayat Muslim] Yang tak boleh dilakukan wanita ketika haid ada 8: Solat Tawaf Pegang Al-Quran Baca Al-Quran Masuk masjid Puasa Melintasi masjid jika bimbang kotorkan masjid Bersetubuh [Taqrirat Al-Sadidah 1/172-175]...

MitosNoob 014
November 30, 2021

Kalau kesian dekat haiwan sembelih dagingnya haram dimakan? ๐Ÿฎ

Mitos. Rasa kasihan tak menyebabkan haiwan haram dimakan. Asalkan disembelih seorang Muslim dan baca bismillah, boleh makan walaupun kasihan. Kata Nabi: ู…ุง ุฃู†ู‡ุฑ ุงู„ุฏู… ูˆุฐูƒุฑ ุงุณู… ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ููƒู„ูˆู‡ โ€œApa yang disembelih dengan menyebut nama Allah, maka makanlah.โ€ [Riwayat al-Bukhari] Yang sahih bila kasihan haiwan ketika sembelih, Allah akan lebih merahmati kita. Sahabat Nabi pernah kasihan kambingnya disembelih. Nabi jawab: ูˆุงู„ุดุงุฉ ุฅู† ุฑุญู…ุชู‡ุง ุฑุญู…ูƒ ุงู„ู„ู‡ Jika kamu kasihankan kambing itu, Allah akan lebih merahmatimu....

MitosNoob 004
November 22, 2021

Kita tak boleh masak daging campur dengan makanan laut? ๐Ÿ™

Tak betul. Tak pernah ada larangan dari agama untuk campur makanan laut dan darat. Kaedah fiqh sebut: ุงู„ุฃุตู„ ููŠ ุงู„ุฃุทุนู…ุฉ ูˆู†ุญูˆู‡ุง ุงู„ุญู„ ูˆุงู„ุฅุจุงุญุฉ ุญุชู‰ ูŠุซุจุช ุฏู„ูŠู„ ุงู„ุชุญุฑูŠู… โ€œHukum asal bagi makanan ialah halal dan harus hingga ada dalil mengharamkannya.โ€ Begitu juga campur susu dan daging, makanan sejuk dan panas. Tiada masalah. Bab makanan ni ikut budaya kebiasaan setempat. Kita semua makan tomyam campur, cocktail, teh ais dengan nasi berlauk etc semua tu lebih dari campur....