MitosNoob 003
Kisah Umar al-Khattab membunuh anak perempuannya itu kisah palsu.
Tiada asalnya dari kitab ahli sunnah. Imam Ibn Kathir senaraikan anak perempuan Umar; Hafsah, Ruqayyah, Fatimah & Zainab. Tiada anak perempuannya dibunuh walaupun dizaman jahiliah. [al-Bidayah wa al-Nihayah 7/139]
Kisah Umar membunuh anak perempuan ini biasa ditemukan dan digunakan dalam buku-buku Syiah. Berhati-hatilah membaca buku sejarah yang tidak ditahqiq (disemak dan dikaji fakta isinya). Membaca sejarah dan menilai kesahihan sejarah adalah dua perkara yang sangat berbeza....
MitosNoob 002
Tidak.
Bahasa ahli syurga tidak diketahui dengan pasti kerana tiasa dalil yang jelas dan sahih. Hadis-hadis tentang bahasa Arab ialah bahasa Syurga bermasalah dan dikritik ulama hadis. Bahkan ada diantaranya dinilai palsu. [โIlal al-Hadis li Ibn Abi Hatim 2/376]
Kata Imam Ibn Hazm:
Adapun bahasa Ahli Syurga dan neraka, maka kita tidak mengetahuinya melainkan jika ada nas dan ijmak mengenainya. Namun tiada nas dan ijmak dalam masalah ini. [Al-Ihkam fi Usul al-Ahkam 1/36]...
MitosNoob 001
Tanggung dosa anak isteri ni mitos paling besar sekali.
Seseorang tidak menanggung dosa orang lain. Semua orang bertanggungjawab atas dosa masing-masing. Ini prinsip asas dalam agama. Allah kata:
ููุง ุชุฒุฑ ูุงุฒุฑุฉ ูุฒุฑ ุฃุฎุฑู
Seseorang itu tidak memikul dosa orang lain. [Fatir:18]
Ayah atau suami bukan menanggung dosa anak isteri tetapi berdosa jika mengabaikan amanah menjaga, mendidik dan menegur mereka. Allah kata:
ูุง ุฃููุง ุงูุฐูู ุขู
ููุง ููุง ุฃููุณูู
ูุฃููููู
ูุงุฑ
Wahai orang beriman, peliharalah diri kamu dan ahli keluargamu dari api neraka....