MitosNoob 008
November 25, 2021

Kalau lambat tanam mayat nanti mayat terseksa? 💀

Bukan terseksa tapi segera kebumi jenazah itu hak jenazah yang perlu dipenuhi. Kata Nabi: أسرعوا بالجنازة فإن تك صالحة فخير تقدمونها إليه Segerakanlah mengubur jenazah. Jika dia baik maka kamu cepatkan kebaikan untuknya. [Riwayat Muslim] و إن تك سوى ذلك فشر تضعونه عن رقابكم Jika dia jahat maka dengan itu kalian telah membuang kejahatannya daripada bahu-bahu kalian. [Riwayat Muslim] Dalam riwayat al-Bukhari, jenazah baik tak sabar nak ke kubur hingga mereka berkata:...

MitosNoob 007
November 23, 2021

Sambaran petir tu maksudnya Allah tengah bunuh syaitan? ⚡

Tidak. Petir bukan alat bunuh syaitan tapi untuk mentadbir awan. Kata Nabi: “Petir adalah salah satu daripada malaikat Allah yang ditugaskan untuk mengurus awan. Ditangannya ada cambuk berapi untuk menggerakkan awan.” [Riwayat al-Tirmizi] Teks hadis: ملك من الملائكة موكل بالسحاب معه مخاريق من نار يسوق بها السحاب حيث شاء الله Adapun yang digunakan untuk merejam syaitan berdasarkan dalil yang sahih daripada al-Quran ialah bintang-bintang. Bukan petir. ولقد زينا السماء الدنيا بمصابيح وجعلناها رجوما للشياطين...

MitosNoob 006
November 23, 2021

Baring waktu azan nanti jenazah jadi berat? ⚰️

Palsu. Tiada asalnya. Tiada hadis yang sebut ancaman baring ketika azan. Rekaan semata-mata. Bahkan jika tengah baring dengar azan & jawab azan sambil baring pun tiada masalah. [al-Hawi li al-Fatawi 1/37] Orang berjunub/berhadas besar pun disunatkan jawab azan dan berpahala apatah lagi setakat orang yang baring ketika azan. Tak pernah agama wajibkan mesti berdiri atau duduk sebab hormat azan. Istilah hormat azan itu sendiri perlu diperhalusi disisi syarak bukan claim sebarangan....

MitosNoob 005
November 23, 2021

Bersiul tu marakkan api neraka? 🔥

Mitos. Bersiul tak pernah ada kaitan dengan marak api neraka. Bersiul asalnya ritual ibadah musyrikin Mekah. Haram bersiul jika niat beribadah. Menurut Ibn Asyur, jika bersiul saja-saja bukan untuk tujuan haram maka ianya harus. Apatah lagi jika ada keperluan seperti menenangkan bayi, alat sukan etc. [Al-Tahrir wa al-Tanwir 9/339]  

MitosNoob 004
November 22, 2021

Kita tak boleh masak daging campur dengan makanan laut? 🐙

Tak betul. Tak pernah ada larangan dari agama untuk campur makanan laut dan darat. Kaedah fiqh sebut: الأصل في الأطعمة ونحوها الحل والإباحة حتى يثبت دليل التحريم “Hukum asal bagi makanan ialah halal dan harus hingga ada dalil mengharamkannya.” Begitu juga campur susu dan daging, makanan sejuk dan panas. Tiada masalah. Bab makanan ni ikut budaya kebiasaan setempat. Kita semua makan tomyam campur, cocktail, teh ais dengan nasi berlauk etc semua tu lebih dari campur....