MitosNoob 013
November 28, 2021

Syaitan letak najis kalau tak tutup kepala bila masuk tandas? ๐Ÿ’ฉ

Mitos. Tutup kepala masuk tandas adalah amalan sebahagian sahabat Nabi. Disisi Mazhab Syafie ianya sunat. Zaman Nabi dulu tandas bukan macam sekarang. Tutup kepala tanda adab dan menjaga maruah diri. Tak pernah ada kaitan tutup kepala dengan syaitan lumur najis.[Al-Majmuโ€™ 2/93] Kena lumur najis dengan syaitan tu bukan sebab tak tutup kepala masuk tandas tapi sebab tak bangun subuh. Kata Nabi ketika melihat lelaki tidur hingga terlepas subuh: ุฐุงูƒ ุฑุฌู„ ุจุงู„ ุงู„ุดูŠุทุงู† ููŠ ุฃุฐู†ูŠู‡...

MitosNoob 012
November 27, 2021

Gosok gigi sebelum solat mudahkan nyawa keluar masa meninggal? ๐Ÿฆท

Mitos. Nabi kata: ู„ูˆู„ุง ุฃู† ุฃุดู‚ ุนู„ู‰ ุฃู…ุชูŠ ู„ุฃู…ุฑุชู‡ู… ุจุงู„ุณูˆุงูƒ ู…ุน ูƒู„ ุตู„ุงุฉ โ€œJika tidak memberatkan umatku tentu aku perintahkan agar gosok gigi setiap kali solat.โ€ [Riwayat al-Bukhari] Sunat gosok gigi, Nabi suka menghadap Allah dalam keadaan bersih. Tiada kena mengena mudahkan mati. Dalam syarahan hadis pun ulama hadis sebut sunat gosok gigi, anjuran yang sangat dituntut. Sampai kat orang kita, exaggerated/tokok tambah benda tak berasas semata-mata nak galakkan orang buat....

MitosNoob 011
November 26, 2021

Bela kuku panjang ibarat bela kandang babi? ๐Ÿ’…

Palsu. Rekaan semata-mata. Hadis palsu pun takde sebut pasal ni punyalah noob kepalsuan ni. Walaupun palsu, tak bermaksud elok simpan kuku panjang. Baca perbahasan lanjut dengan teliti. Jangan dua kali jadi noob. Cukup sekali. Simpan kuku panjang dikira menyelishi sunnah kerana sunnah Nabi memendekkan kuku. Had simpan kuku, misai, bulu ketiak etc yang Nabi pesan kepada sahabat; jangan lebih 40 hari. Jika nak simpan lama pastikan dibersihkan, sampai 40 hari potong....

MitosNoob 010
November 26, 2021

Kalau tak nak kahwin Nabi tak mengaku umat? ๐Ÿ’”

Mitos. Nabi tak pernah kata tak mengaku umat buat sesiapa tak kahwin. Sedangkan pendosa pun Nabi mengaku umatnya. Kahwin itu sunnah Nabi. Kalau taknak kahwin atas sebab tersendiri silakan tapi jangan sebab benci syariat kahwin tu. Benci sunnah itu yang Nabi tak mengaku umatnya. Kata Nabi: ุฃู…ุง ูˆุงู„ู„ู‡ ุฅู†ูŠ ู„ุฃุฎุดุงูƒู… ู„ู„ู‡ ูˆุฃุชู‚ุงูƒู… ู„ู‡ุŒ ู„ูƒู†ูŠ ุฃุตูˆู… ูˆุฃูุทุฑ ูˆุฃุตู„ูŠ ูˆุฃุฑู‚ุฏ Demi Allah, akulah yang paling takut Allah dan paling bertakwa kepadaNya. Akan tetapi aku berpuasa dan tetap berbuka, aku solat malam namun aku juga tidur...

MitosNoob 009
November 26, 2021

Kencing berdiri sembuhkan syaitan? ๐Ÿšฝ

Mitos. Nabi pun pernah kencing berdiri dalam beberapa keadaan. Disisi Mazhab Syafie, kencing berdiri makruh jika tiada keperluan. Imam an-Nawawi dan Ibn Hajar kata harus kencing berdiri. Tak pernah ada larangan kencing berdiri sebab sembuhkan syaitan. [Fath al-Bari 1/330] Yang utama dan paling selalu Nabi buat ialah kencing mencangkung. Jika ada keperluan, Nabi akan kencing berdiri. Syarat nak kencing berdiri ada dua; terhindar dari pandangan ramai & selamat dari terkena najis....