Mitos.
Masakan wanita haid boleh dimakan. Yang pulau wanita ketika haid sampai taknak makan masakan mereka ialah Yahudi di zaman Nabi. Bila Islam datang, Nabi kata:
اصنعوا كل شيء إلا النكاح
“Buatlah apa sahaja dengan isterimu yang haid kecuali bersetubuh.” [Riwayat Muslim]
Yang tak boleh dilakukan wanita ketika haid ada 8:
- Solat
- Tawaf
- Pegang Al-Quran
- Baca Al-Quran
- Masuk masjid
- Puasa
- Melintasi masjid jika bimbang kotorkan masjid
- Bersetubuh
[Taqrirat Al-Sadidah 1/172-175]
Tak boleh makan masakan wanita haid itu #MitosNoob
Umat yahudi dan arab jahiliah dahulunya memandang perempuan datang haid ni sebagai seorang yang kotor, jijik dan perlu dipulaukan/dijauhi. Apabila Islam datang, kepercayaan karut itu dihapuskan. Yang kotor itu darah haid bukan orang wanita atau aktiviti harian mereka lakukan.
Kot ada yang tak faham, bahasa kasarnya sesetengah kaum percaya perempuan masa datang haid ni bawak sial, suwei so takleh dekat dengan perempuan time haid even makan masakan dorang or biar dorang buat aktiviti. Elok kurung or pulau je. Islam datang nafikan semua karut tu. Faham?
Maybe #MitosNoob ni majoriti kita tak familiar tapi ia wujud kat alam melayu ni dalam bentuk lain. Perempuan haid bila masak makanan or buat tapai rasa tak sedap, tanam/usik pokok nanti mati etc itu semua benda sama, kepercayaan karut yang perempuan haid ni sial.