Tidak.
Bahasa ahli syurga tidak diketahui dengan pasti kerana tiasa dalil yang jelas dan sahih. Hadis-hadis tentang bahasa Arab ialah bahasa Syurga bermasalah dan dikritik ulama hadis. Bahkan ada diantaranya dinilai palsu. [‘Ilal al-Hadis li Ibn Abi Hatim 2/376]
Kata Imam Ibn Hazm:
Adapun bahasa Ahli Syurga dan neraka, maka kita tidak mengetahuinya melainkan jika ada nas dan ijmak mengenainya. Namun tiada nas dan ijmak dalam masalah ini. [Al-Ihkam fi Usul al-Ahkam 1/36]
‘Ibarat al-Ihkam:
وأما لغة أهل الجنة وأهل النار فلا علم عندنا إلا ما جاء في النص والإجماع ولا نص ولا إجماع في ذلك
Hadis-hadis tentang kelebihan dan keburukan sesuatu bahasa memang bermasalah dan dikritik ahli hadis klasik. Sebahagiannya menggunakan hadis ini untuk menunjukkan sesuatu bangsa itu lebih bagus atau lebih buruk seperti hadis bahasa parsi bahasa ahli neraka.
Adapun kelebihan bahasa Arab memang tak disangkal lagi. Bahasa yang sangat indah dan kaya seninya. Bahasa Al-Quran hingga Umar al-Khattab kata bahawa belajar bahasa Arab sebahagian agama dan tidak mempelajarinya merendahkan maruah. Namun dalam bab Ahli syurga, tiada nas jelas.