MitosNoob 001

Kalau anak buat dosa nanti parents terseksa dalam kubur? ๐Ÿ˜–

Tanggung dosa anak isteri ni mitos paling besar sekali.

Seseorang tidak menanggung dosa orang lain. Semua orang bertanggungjawab atas dosa masing-masing. Ini prinsip asas dalam agama. Allah kata:

ูˆู„ุง ุชุฒุฑ ูˆุงุฒุฑุฉ ูˆุฒุฑ ุฃุฎุฑู‰

Seseorang itu tidak memikul dosa orang lain. [Fatir:18]

Ayah atau suami bukan menanggung dosa anak isteri tetapi berdosa jika mengabaikan amanah menjaga, mendidik dan menegur mereka. Allah kata:

ูŠุง ุฃูŠู‡ุง ุงู„ุฐูŠู† ุขู…ู†ูˆุง ู‚ูˆุง ุฃู†ูุณูƒู… ูˆุฃู‡ู„ูŠูƒู… ู†ุงุฑ

Wahai orang beriman, peliharalah diri kamu dan ahli keluargamu dari api neraka. [al-Tahrim:6]

Kerana lelaki adalah ketua keluarga maka pemimpin akan dipersoalkan terhadap mereka yang dipimpinnya. Kata Nabi:

ูˆุงู„ุฑุฌู„ ุฑุงุน ุนู„ู‰ ุฃู‡ู„ ุจูŠุชู‡ ูˆู‡ูˆ ู…ุณุฆูˆู„ ุนู†ู‡ู…

โ€œLelaki pemimpin keluarganya dan dia akan disoal tentang keluarganya.โ€ [Riwayat al-Bukhari]

Jika sudah dijaga baik, diajar, ditegur maka ketua keluarga sudah menjalankan tanggungjawabnya. Dosa ahli keluarga itu ditanggung diri masing-masing. Sangat tak masuk akal dan tak adil, sebelum kahwin ayah tanggung dosa. Lepas kahwin suami tanggung dosa? Ini bukan ajaran Islam.

Wujud ke tanggung dosa orang lain? Ada dan semua orang berpotensi. Dalam hadis riwayat Muslim Nabi sebut orang yang menuduh palsu/fitnah, mencaci maki, makan harta orang, menumpahkan darah. Mereka ini orang yang Muflis di akhirat sebab tanggung dosa orang yang mereka aniaya.

Juga bagi orang yang memulakan dan mengajak buat jahat, dia akan pikul dosa setiap orang yang ikut kejahatan itu. Kata Nabi:

ูˆู…ู† ุฏุนุง ุฅู„ู‰ ุถู„ุงู„ุฉุŒ ูƒุงู† ุนู„ูŠู‡ ู…ู† ุงู„ุฅุซู… ู…ุซู„ ุขุซุงู… ู…ู† ุชุจุนู‡ุŒ ู„ุง ูŠู†ู‚ุต ุฐู„ูƒ ู…ู† ุขุซุงู…ู‡ู… ุดูŠุฆุง

Sesiapa mengajak kearah kejahatan, maka dia juga mendapat dosa orang yang mengikutinya tanpa dikurangkan dosanya sedikitpun. [Riwayat Muslim]

Bahasa mudahnya dosa jariah atau dosa kering. Mengata orang/spill tea, ajak bash orang, korek aib orang, kat Twitter ni je dah banyak kumpul dosa kering tak payah pergi jauh.

ย 

Source: https://twitter.com/addien90s/status/1467722097875046405