Koleksi soal jawab
Addien90 di Twitter โœจ

Account kena suspend?

  • Jangan risau! Boleh baca kat sini ๐Ÿ˜ญ

MitosNoob 023
April 16, 2022

Boleh ke ikut solat imam bermazhab hanafi tak baca qunut? ๐Ÿ‘ณโ€โ™‚๏ธ

Jika kita tahu imam itu Mazhab Hanafi (atau lain), maka kita mesti ikut imam walaupun dia tak qunut. Kalau kita jadi imam dibelakang orang mazhab Hanafi, kita baca qunut dan dia kena ikut. Kaedahnya, makmum itu mengikuti imam walaupun berbeza mazhab. [Raudhah al-Talibin 1/348] Solat dibelakang orang lain mazhab ni tak pernah jadi masalah. Cuma kita biasa dengan tak biasa je. Kata Imam Ibn Hajar al-Haitami: โ€œAntara syarat solat berjemaah ialah makmum tidak boleh meyakini batalnya solat imamnya kerana berbeza mazhab....

MitosNoob 022
April 9, 2022

Betul ke kalau orang bercerai bergegar Arasy? ๐Ÿ’”

Tak betul. Hadis talak menggegarkan Arasy dinilai palsu oleh ramai ulama hadis seperti Imam Ibn al-Jauzi, al-Saghani, as-Syaukani etc. Yang sahih, bercerai itu juga syariat dan dibolehkan jika perlu. [Fawaid al-Majmuโ€™ah 1/139] ย 

MitosNoob 021
December 21, 2021

Haram makan masakan non-muslim dan yang guna peralatan bekas masak babi? ๐Ÿ‘จโ€๐Ÿณ

Masakan orang bukan Islam, halal dimakan walaupun bukan dalam keadaan darurat. Yang tak boleh makan hanya daging yang mereka sembelih atau masakan yang mengandungi benda haram. Selain itu semuanya halal walaupun dimasak non Muslim. [al-Jamiโ€™ li Ahkam al-Quran 6/77] Status Muslim atau tak, tak menjadi kayu ukur sesuatu makanan yang dimasak itu halal atau haram. Yang menjadi ukurannya ialah zat dan bahan ketika masak. Kalau orang Islam masak daging babi, ia tetap haram....

MitosNoob 020
December 16, 2021

Boleh ke kawan ajak pergi makan kenduri tapi pengantin tak jemput? ๐Ÿ›

Datang kenduri kemudian makan tanpa dijemput hukumnya haram. Kalau tuan rumah izinkan, boleh. Kata Nabi: ูˆู…ู† ุฏุฎู„ ุนู„ู‰ ุบูŠุฑ ุฏุนูˆุฉ ุฏุฎู„ ุณุงุฑู‚ุง ูˆุฎุฑุฌ ู…ุบูŠุฑุง Siapa datang makan kenduri tanpa dijemput maka dia masuk sebagai pencuri dan keluar sebagai perompak. [Riwayat Abu Daud] Datang kenduri tanpa dijemput disebut sebagai al-Tatafful. Wajib maklumkan kepada tuan punya majlis dan minta izin walaupun yang tak diundang itu seorang. Perbuatan datang tanpa diundang boleh menyakiti tuan majlis eg makanan tak cukup dari anggaran....

MitosNoob 019
December 10, 2021

Bantu atau derma kepada orang bukan islam tak dapat pahala? ๐Ÿค

Mitos. Tolong non-Muslim dapat pahala. Kata Imam an-Nawawi: ูู„ูˆ ุชุตุฏู‚ ุนู„ู‰ ูุงุณู‚ ุฃูˆ ุนู„ู‰ ูƒุงูุฑ ู…ู† ูŠู‡ูˆุฏูŠ ุฃูˆ ู†ุตุฑุงู†ูŠ ุฃูˆ ู…ุฌูˆุณูŠ ุฌุงุฒ ูˆูƒุงู† ููŠู‡ ุฃุฌุฑ ููŠ ุงู„ุฌู…ู„ุฉ Jika bersedekah kepada orang fasik atau bukan Islam sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi, dibolehkan dan berpahala. [al-Majmuโ€™ 6/237] ย